Sunday 11 March 2012

Calon Suami Yang Boleh Dibuat Suami

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami :

1. Solat fardhu cukup 5 waktu . 

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas , boleh bayar rumah sewa , boleh beli beras , boleh isi minyak , boleh antar ke tempat keje . Nafkah zahir boleh bagi , bukan nafkah batin je tau .

3. Ada kenderaan : moto kapcai dah cantek . honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet . Basikal pun boleh , tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA .

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah . Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul , apatah lagi mandi-mandi yg lain .

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus , baik & hati baik , tak menipu . Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu , kamu paham dia . Paham jiwo gitu . Serasi bersama . Berbeza tapi boleh masuk . hehe .

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je . Depan org lain sopan santun gitu .

9. Jenis tak cemburu buta sgt . Cemburu macam ni oke , "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe , janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD . (tapi kalau aku kena la blaja tinggi2 . nt kang dy takmau kt aku . haha . poyo je)

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain . kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain .

12. Malas juga ke masjid , tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama , tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola .

14. Boleh susah senang bersama . Kalau isteri nangis , dia tolong riba isteri dan tenangkan . Kalau isteri sakit , dia tolong jaga dari malam sampai pagi .

15. Jenis senyum sokmo :)

16. Tak tengok sgt awek cuns , duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (tapi bini aku CUN oke) :P

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur , ayam , ikan , nasi goreng , nasi goreng hailam dll .
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun , dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak . Makan nasi lemak kat gerai lagi oke pe .

18. Rajin . Ringan tangan tolong isteri . Kadang2 tolong kemas rumah , sapu sampah , sidai kain , memasak . Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun , tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu .

19. Jenis pembersih gak la . Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh . Bau badan tu jaga . Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah , bukan nk wangi depan manusia je .

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian . "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia . Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari .

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 walaupun dia tak reti baca doa lepas solat . Dia doa senyap2 je tak bunyi pape , tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu . Andai aku mati , Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia ."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni ? Ni oke la ni utk org2 biasa cam kita . Nak dapat yg best2 , kena best2kan diri gak la . Target nk yg soleh , kita sendiri malas semayang. Atoiiii~ (tapi aku rajin semayang oke . hehe)





# credit to her : i'll always to be the best and the best best best for you dear :) (over) HAHA .
    
SEKIAN :D